NAMA bekas vokalis kumpulan Payung Teduh iaitu Is Pusakata menjadi perhatian selepas dia didakwa melakukan gangguan seksual terhadap beberapa wanita termasuk bekas pengurus kumpulan berkenaan.Dakwaan itu mula hangat diperkatakan selepas beberapa individu tampil berkongsi pengalaman masing-masing menerusi platform media sosial Threads. Menerusi perkongsian tersebut, bekas pengurusnya dikenali sebagai Marsya mendakwa Is pernah meraba tubuhnya ketika isteri penyanyi itu tiada di lokasi kejadian.Antara kenyataan yang dimuat naik mangsa di Threads.Lebih mengejutkan, Marsya mengakui insiden berkenaan meninggalkan kesan emosi mendalam sehingga dia terpaksa mendapatkan rawatan psikiatri.Dalam pada itu, beberapa wanita lain turut tampil mendakwa pernah menerima mesej berbaur seksual daripada penyanyi berkenaan.Malah, ada antara mereka mendakwa pernah diajak bertemu secara peribadi sebelum berdepan kejadian tidak menyenangkan ketika berada di sebuah hotel dan vila.ARTIKEL BERKAITAN: Ubat kecewa peminat, Nabila Huda anjur konsert Payung Teduh X Sore kali keduaARTIKEL BERKAITAN: Mimi Peri didakwa lakukan gangguan seksual, penduduk ugut mahu serbu rumahSeorang wanita mendakwa dia pernah diajak ke sebuah vila sekitar 2017 hingga 2018 sebelum mengalami gangguan seksual di kawasan taman.Tidak terhenti di situ, seorang lagi wanita mendakwa pernah diajak ke bilik hotel sekitar 2015 hingga 2016 sebelum mengalami perbuatan tidak senonoh ketika berada di lokasi berkenaan.Dakwaan tersebut semakin mendapat perhatian apabila beberapa tangkap layar perbualan yang didakwa melibatkan Is turut tersebar di media sosial.Bagaimanapun, sehingga kini penyanyi berkenaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menjawab dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.